Apple Mungkin Menyesal Tak Beli TESLA dulu!

Elon Musk, si pencipta genius yang meningkat naik pada zaman sekarang, telah memberitahu yang dahulunya Apple, melalui Tim Cook, telah terlepas tawaran untuk membeli syarikat Tesla semasa syarikat tersebut hampir bankrup. “Dia (Tim Cook) telah menolak untuk berjumpa..” kata Elon Musk.

Semua ini berlaku sekitar tahun 2017 atau di awal 2018 semasa tempoh awal pengeluaran kereta elektrik Tesla Model 3. Waktu itu, Tesla hanyalah hampir sebulan sahaja dari bankrup. Pengeluaran Tesla Model 3 adalah sangat sukar bagi Tesla di mana kereta itu adalah percubaan pertama Tesla untuk mengeluarkan kenderaan elektrik secara besar-besaran, dengan harapan ia dapat dijual dengan harga USD 40 ribu ( sekitar RM 120 ribu). Walaupun harga kereta adalah murah, alatan dan teknologi untuk pengeluaran adalah lebih mahal dari sistem barisan pengeluaran Tesla sebelum ini.

Visi Elon Musk adalah untuk mengautomasikan proses pengeluaran kereta sepenuhnya berbanding menggunakan khidmat manusia. Namun membina robot yang diperlukan adalah lebih sukar dan mahal dari yang dijangka. Akhirnya, Tesla terpaksa menggunakan kembali sistem barisan pengeluaran yang konvensional, serta Elon juga menyatakan bahawa “Automasi yang berlebihan adalah satu kesilapan”.

Jadi semasa pengeluaran Model 3, Elon hampir menjual syarikatnya kerana kehabisan wang dan tidak mampu untuk membayar hutang berbillion dolar. Jadi Elon mengandaikan Apple adalah pilihan terbaik kerana kemampuan kewangan syarikat pengeluar iPhone itu dan falsafah yang hampir sama dengan Tesla yang mencipta perkakas dan perisian mereka sendiri serta menjual produk mereka sendiri.

Namun, berdasarkan Elon Musk, CEO Apple, Tim Cook langsung tidak mahu berjumpa untuk berbincang mengenai perkara tersebut. Mungkin kerana pada waktu tersebut, Apple juga sedang membangunkan projek kereta mereka sendiri bernama ‘Projek Titan’ namun tidak berjalan lancar dan dihentikan, sehinggalah disambung kembali pada tahun ini.

Ini bukanlah kali pertama Elon Musk bercadang untuk menjual Tesla. Elon Musk sudah mencapai ‘kata sepakat’ untuk menjual Tesla pada pengasas Google, Larry Page dengan harga USD 6 billion. Tetapi semasa peguam sedang dalam tempoh berbincang mengenainya, jualan Model S sudah meningkat dan memungkinkan Tesla untuk keluar dari bahaya bankrup dan semenjak itu, Tesla semakin teguh berkembang dan menjadi antara pengeluar kereta elektrik yang paling kompetitif sekarang.

Good luck, Tesla!

Sumber :  Tesla, Arstechnica

Get in Touch

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related Articles

Sekarang Xiaomi Nak Anda Cas Telefon Tanpa Perlu Meletakkan Telefon!

Okay, bayangkan sebelum ini jika kita mahu mengecas telefon, pertama sekali kita perlu mencari alat pengecas untuk telefon bimbit, kemudian mencari kabel pengecas yang...

Rindu Anak Sewaktu Bekerja? Anda Mungkin Boleh Mendodoi Anak Anda Melalui Teknologi VR!

Okay, kita mungkin sudah biasa dengan teknologi realiti buatan atau Virtual Reality yang membolehkan kita berada seakan-akan di persekitaran lain. Setakat ini, deria penglihatan...

RAZER Memperkenalkan Rekaan Konsep Penutup Muka ala Ninja Di CES 2021!

Razer, syarikat yang mengeluarkan produk berkaitan permainan video, sentiasa mengeluarkan rekaan konsep yang agak liar dan produk keluaran Razer sentiasa diburu oleh penggemar jenama...

Get in Touch

21,620FansLike
0FollowersFollow
17,300SubscribersSubscribe

Latest Posts