Bercadang Nak Beli iPhone 12 Pro Max? Simpan Sikit Duit Anda Untuk Apple Car

Seperti yang diketahui umum, Apple merupakan salah satu di antara syarikat yang paling kaya di dunia dan sentiasa mencari peluang untuk mencipta produk baru bagi pengguna tegar produk mereka. Namun beberapa idea yang mereka ketengahkan kadang-kadang tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Bagi Apple, kereta elektrik bukanlah satu perkara yang asing. Melalui projek Titan, mereka sudah bermula sejak 2014 lagi dan sehingga 2018, hampir 5,000 tenaga kerja sudah dikerahkan untuk projek tersebut. Walau bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada lagi walau sebuah kereta pun yang telah dilancarkan. Ini mungkin disebabkan oleh pendekatan falsafah Apple itu sendiri yang sentiasa menitik berat akan kualiti serta sentiasa mencari jalan untuk memenangi hati pengguna dengan produk yang terbaik, walaupun ia akan menelan masa yang lama untuk dilancarkan. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan industri kereta elektrik yang mereka baru ceburi berbanding ekosistem telefon pintar. Apple juga kembali memfokuskan kepada perisian berbanding mengeluarkan perkakas automotif mereka sendiri.

Pada 2018, staff veteran Apple yang pernah bekerja dengan Tesla, telah kembali untuk mengemudi project Titan ini dan semenjak itu projek Titan telah mensasarkan untuk membina kenderaan elektrik untuk pengguna massa. Untuk itu, Apple telah mencipta rekaan bateri baharu yang akan mengurangkan kos bateri serta meningkatkan daya ketahanan bateri. Untuk teknologi, Apple sudah mencipta sistem perisian untuk pemanduan berautonomi serta sudah menggunakan sensor lidar untuk memetakan persekitaran dan mengesan objek berdekatan. Apple sudah setapak lagi hampir dengan misi mereka untuk mengeluarkan kereta eletrik berjenama Apple. Menurut sumber, Apple mensasarkan seawal 2024 atau 2025 untuk pembuatan kereta mereka. Dengan pandemik Covid19 pada tahun ini serta keadaan ekonomi yang terjejas, sasaran masa tersebut adalah hampir mustahil.

Namun ini semua masih dalam penyelidikan dan Apple mungkin akan kembali membatalkan projek mereka ini seperti sebelum ini. Tesla mengambil masa hampir 17 tahun untuk mendapat keuntungan dari pembuatan kereta eletrik mereka. Tapi jika ada satu syarikat yang mampu menyaingi Tesla, Apple adalah salah satu darinya.

Jadi jika anda sudah terjebak dalam ekosistem Apple, tidak mustahil jika anda turut mensasarkan untuk membeli kereta Apple, jika ia benar-benar berlaku. Bayangkan kereta elektrik yang mampu berintegrasi dengan iPhone anda yang akan membuka pelbagai fungsi-fungsi menarik di masa hadapan. Sehingga itu, simpanlah dahulu sedikit duit anda dan jika menjelang tahun 2024 masih tiada kelibat Apple Car, anda masih boleh terus membeli iPhone 16 pada masa tersebut.

Win-win situation!

Sumber : Wikipedia, AutoEvolution, Reuters, 9to5Mac

Get in Touch

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related Articles

RAZER Memperkenalkan Rekaan Konsep Penutup Muka ala Ninja Di CES 2021!

Razer, syarikat yang mengeluarkan produk berkaitan permainan video, sentiasa mengeluarkan rekaan konsep yang agak liar dan produk keluaran Razer sentiasa diburu oleh penggemar jenama...

WiFi Jadi Mangsa Scam Terbaru Penunggang Teknologi

Pernah dengar pasal kad jimat minyak? Atau kad jimat elektrik? Itu semua adalah satu dari banyaknya scam serta penipuan yang berlaku dalam negara kita...

Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin Boleh Dijadikan Kamera!

Walaupun pikselnya sangat rendah, ia masih sebuah kamera! Well, lebih kurang la. Ya, pengimbas cap jari dalam skrin telefon pintar anda boleh dijadikan kamera! Walaupun...

Get in Touch

21,390FansLike
0FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Posts