Berita Baik Bagi Pengguna Samsung Galaxy A51 dan Galaxy M31!

Bagi pengguna Android 10, ketibaan Android 11 adalah satu penantian yang mendebarkan. Fungsi baru seperti Screen Recorder, Media Control, tambahan menu baru untuk Power Button serta pelbagai lagi ciri sudah pasti akan membuatkan peminat Android tak senang duduk.

Seperti biasa, untuk pengguna siri telefon Google Pixel, anda mungkin boleh bertenang kerana sudah pasti update terbaru akan menemui anda dahulu berbanding pengguna Android lain. Pengguna telefon pintar premium juga selalunya akan mendapat update lebih awal dari pengguna telefon mid-range yang lain.

Namun untuk pengguna siri bajet Samsung Galaxy A51 serta M31, anda boleh menarik nafas lega! Samsung akan memberi anda peluang untuk merasai dahulu Android 11 apabila Samsung sudah mula membuka program beta untuk Android 11 dan One UI 3.0 bagi Galaxy A51 5G di Korea Selatan dan Galaxy M31 di India. Pemilik 2 telefon tersebut boleh mula memohon untuk beta update melalui aplikasi Samsung Member dan Over-The-Air (OTA) update akan mula dimuat turun untuk Android 11.

Bagi pengguna telefon pintar tersebut di Malaysia, anda boleh cuba untuk kemaskini tersebut melalui telefon anda, dan mungkin anda dapat merasai Android 11 lebih awal dari pengguna lain di Malaysia. Dengan pilihan kemaskini begini oleh Samsung, ini menunjukkan petanda baik bahawa pengguna telefon pintar mid-range juga sudah mula diberi perhatian yang sewajarnya berbanding siri telefon pintar premium seperti Galaxy S dan Note.

Sudah mencuba Android 11? Beritahu kami pendapat anda di ruang komen di semua media sosial kami!

Sumber : Android, AndroidPolice, 9to5Google

Get in Touch

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related Articles

RAZER Memperkenalkan Rekaan Konsep Penutup Muka ala Ninja Di CES 2021!

Razer, syarikat yang mengeluarkan produk berkaitan permainan video, sentiasa mengeluarkan rekaan konsep yang agak liar dan produk keluaran Razer sentiasa diburu oleh penggemar jenama...

WiFi Jadi Mangsa Scam Terbaru Penunggang Teknologi

Pernah dengar pasal kad jimat minyak? Atau kad jimat elektrik? Itu semua adalah satu dari banyaknya scam serta penipuan yang berlaku dalam negara kita...

Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin Boleh Dijadikan Kamera!

Walaupun pikselnya sangat rendah, ia masih sebuah kamera! Well, lebih kurang la. Ya, pengimbas cap jari dalam skrin telefon pintar anda boleh dijadikan kamera! Walaupun...

Get in Touch

21,390FansLike
0FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Posts