Sistem AI Yang Mampu Belajar Catur DAN PacMan Dibangunkan Oleh Google!

Okay. Ini mungkin bukan perkara baharu. Banyak sistem AI sedang giat dalam pembangunan oleh pembangun sistem di seluruh dunia. Normal. Namun, yang membuatkan sistem AI keluaran terbaru Google ini unik adalah kemampuannya untuk bermain Catur DAN PacMan! Ibarat seorang lelaki yang alim DAN kacak. Bukan tak ada, tapi jarang sekali didapati.

Pertama sekali kita kena kenal dengan asal usul sistem ini. Google, melalui subsidiarinya iaitu DeepMind, sebuah syarikat yang membangunkan dan dan menjalankan kajian mengenai sistem AI, telah membangunkan satu sistem AI bernama MuZero, yang mempunyai kemampuan untuk belajar bagaimana untuk bermain permainan yang berasaskan peraturan seperti Catur dengan baik dan mampu juga untuk belajar bermain permainan yang memerlukan kemahiran seperti PacMan.

Permainan seperti Catur dimainkan oleh AI dengan menggunakan pendekatan seakan ranting pokok. AI akan mengandaikan kemungkinan keputusan yang akan datang dengan melihat tindakan pada waktu sekarang. Bayangkan jika dalam permainan catur, contohnya jika AI mahu buah Knight digerakkan, AI akan mengandaikan buah catur pihak lawan yang mana yang boleh digerakkan untuk menghalang buah catur Knight kepunyaan AI. Dengan cara ini, AI perlu belajar yang peraturan Catur (corak pergerakan setiap buah catur dan segala peraturan asas), dan mengandaikan buah catur yang mana yang paling terbaik untuk digerakkan dan menang dalam langkah yang paling singkat berdasarkan pergerakan catur pihak lawan. AI akan menggunakan peraturan yang sudah diketahui untuk mengalahkan lawan. Seperti bagaimana manusia akan bermain catur secara asasnya.

Namun permainan seperti PacMan pula memerlukan pemain untuk bertindak dengan melihat keadaan terkini permainan berdasarkan aksi di skrin. Tiada peraturan khusus, hanya perlu memilih arah untuk mengelak dari di makan oleh musuh dan memilih cara terbaik untuk memakan pihak musuh. Eat or be eaten. Mudah bukan? Tapi permainan ini berbeza kerana ia memerlukan pemain untuk bertindak pantas. Untuk manusia, ia mungkin biasa namun AI tidak mampu untuk mengandaikan tindakan terbaik jika permainan itu tiada peraturan atau model permainan yang boleh mereka pelajari. Seperti perbezaan di antara permainan bola sepak dan permainan damak dimana permainan damak hanya memerlukan pemain untuk membidik mata damak ke sasaran dengan tepat manakala bole sepak pula memerlukan pengetahuan dari taktikal, teknikal, peraturan asas serta kemampuan pemain untuk bermain. Permainan yang straigforward versus permainan yang rumit.

Jadi, dimana yang hebatnya? Okay, kita tahu yang AI boleh belajar dengan menggunakan algoritma mereka untuk mengandaikan apakah tindakan yang terbaik untuk menang dalam langkah yang paling singkat berdasarkan peraturan khusus yang telah ditetapkan. Tetapi, MuZero keluaran Google ini mampu untuk berfikir selangkah lagi dengan menggunakan ‘model-based reinforcement learning’ yang memungkinkan sistem AI untuk menggunakan input dari permainan (kedudukan piksel di atas skrin dan sebagainya) untuk merangka sendiri model dan peraturan permainan serta tindakan terbaik berdasarkan pemahaman AI itu. Kata mudahnya, AI itu belajar bagaimana untuk bermain bola sepak hanya dengan melihat bagaimana permainan bola sepak ditayangkan di televisyen.

MuZero akan membuat 3 andaian secara selari (parallel) menggunakan model yang AI bina sendiri. Pertama, MuZero akan memilih tindakan seterusnya berdasarkan model terkini permainan. Kemudian, andaian kedua adalah akibat yang akan terhasil dari tindakan tersebut serta apakah terdapat kelebihan atau kekurangan tindakan tersebut. Dan yang ketiga, MuZero akan membandingkan dengan pengalaman lalu untuk membantu memilih pilihan yang terbaik. Kesemua ini berlaku serentak! Semua ini adalah hasil latihan yang memfokuskanpada mengurangkan kesilapan diantara setiap andaian dan apa yang sedang berlaku dalam permainan. Bayangkan seperti manusia yang mampu untuk berfikir jauh kehadapan berdasarkan hanya satu tindakan.

MuZero memerlukan hanya 1 juta kali permainan dengan AI sebelumnya, AlphaZero untuk mempunyai kemampuan yang sama dengan sistem AlphaZero tersebut. Dalam permainan Catur can Go, MuZero adalah jauh lebih hebat dari pemain manusia setakat ini. Dalam permainan PacMan, MuZero adalah sangat kompetitif walaupun baru belajar permainan tersebut. Mungkin markah tertinggi PacMan akan dipecahkan oleh MuZero dalam masa terdekat.

Semua ini menunjukkan bahawa sistem AI sudah berkembang dalam kadar yang sangat cepat. Semua ini dimungkinkan dengan adanya kemampuan pemprosesan yang semakin maju, contohnya yang membolehkan sejuta permainan catur dimainkan. Semua ini dengan harapan bahwa AI akan membolehkan kita sebagai manusia untuk maju setapak ke hadapan sebagai peradaban.

Sumber : DeepMind, Arstechnica dan Jurnal Nature, 2020. DOI: 10.1038/s41586-020-03051-4

Get in Touch

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related Articles

RAZER Memperkenalkan Rekaan Konsep Penutup Muka ala Ninja Di CES 2021!

Razer, syarikat yang mengeluarkan produk berkaitan permainan video, sentiasa mengeluarkan rekaan konsep yang agak liar dan produk keluaran Razer sentiasa diburu oleh penggemar jenama...

WiFi Jadi Mangsa Scam Terbaru Penunggang Teknologi

Pernah dengar pasal kad jimat minyak? Atau kad jimat elektrik? Itu semua adalah satu dari banyaknya scam serta penipuan yang berlaku dalam negara kita...

Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin Boleh Dijadikan Kamera!

Walaupun pikselnya sangat rendah, ia masih sebuah kamera! Well, lebih kurang la. Ya, pengimbas cap jari dalam skrin telefon pintar anda boleh dijadikan kamera! Walaupun...

Get in Touch

21,390FansLike
0FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Posts