Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin Boleh Dijadikan Kamera!

Walaupun pikselnya sangat rendah, ia masih sebuah kamera! Well, lebih kurang la.

Ya, pengimbas cap jari dalam skrin telefon pintar anda boleh dijadikan kamera! Walaupun kedengaran agak mengarut, sebenarnya ada beberapa telefon pintar yang mempunyai pengesan cap jari di bawah skrin menggunakan sensor optikal untuk berfungsi. Lebih spesifik, ini hanya dikesan pada telefon Xiaomi yang mempunyai pengimbas cap jari di bawah paparan skrin jenis Amoled sahaja.

Sudah tentu, anda tidak boleh mengambil gambar selfie dengan kamera tersebut kerana resolusi kamera itu adalah sangat rendah dan hanya dicipta untuk mengimbas cap jari pada kaca paparan di atas skrin sahaja, tidak lebih dari itu. Ciri ini mungkin digunakan oleh pengeluar untuk ‘debugging’ sensor kamera cap jari pada telefon pintar.

Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya dengan memuat turun aplikasi ‘Activity Launcher’, pilih ‘Fingerprint’ dan pilih ‘Locate Sensor’. Dan anda terus boleh melihat ‘live feed’ sensor kamera cap jari anda. kami tidak sarankan anda melakukan perkara ini kerana ini mungkin akan menjejaskan fungsi dalam telefon pintar anda. Ambil tahu, boleh. Nak buat? Jangan.

Jangan risau, ini semua tidak bermakna telefon pintar anda tidak selamat. Namun, yang lebih membimbangkan adalah pengeluar telefon pintar yang membenarkan dengan mudahnya akses kepada aktiviti tersorok telefon pintar anda.

Sumber : Reddit, GadgetsNow

Get in Touch

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related Articles

RAZER Memperkenalkan Rekaan Konsep Penutup Muka ala Ninja Di CES 2021!

Razer, syarikat yang mengeluarkan produk berkaitan permainan video, sentiasa mengeluarkan rekaan konsep yang agak liar dan produk keluaran Razer sentiasa diburu oleh penggemar jenama...

WiFi Jadi Mangsa Scam Terbaru Penunggang Teknologi

Pernah dengar pasal kad jimat minyak? Atau kad jimat elektrik? Itu semua adalah satu dari banyaknya scam serta penipuan yang berlaku dalam negara kita...

Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin Boleh Dijadikan Kamera!

Walaupun pikselnya sangat rendah, ia masih sebuah kamera! Well, lebih kurang la. Ya, pengimbas cap jari dalam skrin telefon pintar anda boleh dijadikan kamera! Walaupun...

Get in Touch

21,390FansLike
0FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

Latest Posts