Razer, syarikat yang mengeluarkan produk berkaitan permainan video, sentiasa mengeluarkan rekaan konsep yang agak liar dan produk keluaran Razer sentiasa diburu oleh penggemar jenama berkenaan. Dan kali ini, walaupun acara tahunan CES 2021 dilakukan secara virtual oleh kerana pandemik Covid19, mereka tidak melepaskan peluang untuk mengeluarkan rekaan konsep sempena Covid19, iaitu penutup muka paling pintar di dunia! Harap ianya benar-benar berhasil.

The World Smartest Mask.

Yap, itu yang dinyatakan oleh Razer di laman web rasmi mereka. Memperkenalkan, penutup muka pintar, atau Smart Mask yang diberi nama kod Razer Project Hazel. Pertama sekali, rekaannya agak munasabah dan agak praktikal. Razer menekankan 5 aspek dalam mereka penutup muka ini.

Yang pertama, aspek keselamatan.

Razer

Sudah pasti, ianya adalah penutup muka yang bertujuan untuk menapis partikel luar dari memasuki hidung serta menapis partikel dari mulut kita dari tersebar ke luar. Jadi, ianya dilengkapi dengan sistem penapisan serupa dengan penutup muka gred perubatan N95. Turut dilengkapi dengan sistem ventilasi aktif yang mengawal aliran udara dan menapis sehingga 95% partikel sebaran udara. Malah turut mempunyai fungsi sterilisasi automatik sekiranya anda menukar penapis. Namun bagaimana mereka memuatkan segala fungsi tersebut, masih kekal misteri.

Yang kedua, aspek sosial.

Razer

Jika anda selalu memakai penutup muka biasa semasa memesan makanan di restoran, kadang-kadang waiter tersebut meminta anda mengulang pesanan anda kerana suara anda tidak jelas kedengaran bagi mereka. Sekarang, tidak lagi dengan Project Hazel ini kerana ianya dilengkapi dengan teknologi VoiceAmp, sistem penguat suara yang menggunakan mikrofon binaan dalaman dan amplifier yang memastikan suara anda tetap jelas walaupun memakai penutup muka. Anda juga boleh menunjukkan ekspresi muka dengan lebih tepat kerana rekaan kalis cahaya yang membolehkan orang disekitar anda melihat riak muka anda dengan lebih jelas. Jadi, jangan muncungkan mulut anda jika anda berjumpa dengan bos anda. They will know. Dan yang paling menyakitkan hati adalah apabila si pemakai kaca mata bernafas semasa memakai penutup muka biasa, kabus dari nafas akan menutupi kaca mata. Razer menggunakan jalur penutup muka yang boleh dilaras dan membentuk ruang kedap udara supaya tidak ada haba dari nafas yang akan ke kaca mata anda.

Kemudian, aspek Sustainability.

Razer

Penutup muka rekaan Razer ini menggunakan penapis yang bole ditukar, menggunakan bateri yang boleh dicas semula dalam kotak pengecas mereka. Dan sudah tentu, anda boleh menggunakan penutup muka ini berulang kali kerana ianya kalis air dan menggunakan bahan plastik kitar semula yang tahan geseran dan tahan lama. Razer juga dikenali kerana produk mereka yang berkualiti tinggi, jadi kami percaya anda, Razer!

Selesa digunakan, impian setiap insan.

Razer

Apa gunanya penutup muka berteknologi tinggi jika kita tidak selesa menggunakannya? Jadi Razer mereka penutup muka ini supaya si pemakai akan selesa menggunakannya dengan aliran udara yang optimum untuk memaksimakan aliran udara dari mulut dan hidung si pemakai dan mengurangkan pengumpulan gas karbon dioksida yang terhasil dari pernafasan kita.

Yang terakhir, Customization!

Razer

Tak lengkap produk Razer jika tidak dilengkapi dengan sistem nyalaan RGB. Jika Razer mengeluarkan berus gigi, sudah pasti ia juga akan dilengkapi dengan nyalaan RGB. Baru la Gamer! Anda boleh menentukan warna nyalaan kesukaan anda dengan sistem yang dikuasakan oleh Razer Chroma RGB.

Okay, oleh kerana ianya rekaan konsep, sudah tentu kebarangkalian untuk ianya dijual di pasaran adalah sangat rendah, hampir mustahil, disebabkan faktor kos dan sebagainya. Tapi jika semuanya berfungsi, ianya pasti akan menjadi rebutan peminat produk keluaran Razer.

Sehingga waktu itu, we can only wait and see..

Sumber : Engadget, CES, Razer.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here