iOS15 Mungkin Bukan Untuk Anda

https://www.macrumors.com/roundup/ios-15/

Jika anda masih menggunakan iPhone 6s Plus, anda mungkin tidak dapat merasai pengalaman menggunakan iOS15 kerana peranti tersebut mungkin tidak ada dalam senarai peranti iPhone yang akan mendapat versi iOS terbaru itu.

Akaun Twitter yang aktif mengenai topik berkaitan Apple terutamanya, MacRumors.com telah mengeluarkan senarai peranti iPhone yang sesuai dengan iOS15 dan beberapa peranti dilihat tidak berada dalam senarai tersebut.

Iphone 6, 6s, 6s Plus serta iPhone SE 2016 tidak disenaraikan dalam senarai peranti yang sesuai untuk iOS15. Apple mungkin akan menghentikan sokongan untuk peranti tersebut kerana kuasa memproses yang agak ketinggalan dan tidak optimum dengan fungsi perisian terbaru iOS.

Ini bukan sesuatu yang baru dalam dunia peranti mudah alih kerana peranti telefon pintar Android juga mengalami nasib yang sama. Adakah anda masih menggunakan iPhone tersebut? Mungkin ini masa yang terbaik untuk mencari pengganti baharu bagi peranti lama anda.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *