Apa maksud MI dalam logo baru Xiaomi?

Pernahkah anda terfikir bahawa huruf MI dari logo Xiaomi mempunyai maksudnya yang tersendiri? Jika anda rasa ianya adalah dari XiaoMI, anda mungkin salah.

Berdasarkan sebuah perkongsian dari akaun Twitter rasmi Xiaomi, MI pada logo mereka merupakan gabungan huruf M dan I yang mempunyai pelbagai makna bagi mereka!

Bagi mereka pada awalnya, M dan I merujuk kepada Mobile + Internet iaitu komitmen mereka sejak awal lagi untuk memberikan pengalaman internet mudah alih kepada seramai yang mungkin, dengan memperkenalkan telefon pintar pertama mereka, Xiaomi Mi 1. MI juga bermaksud dengan falsafah Mission Impossible, merujuk kepada keyakinan bahawa Xiaomi dapat menjadikan sesuatu yang dianggap mustahil bagi orang lain, menjadi satu kenyataan bagi mereka.

Dari satu segi tersirat, MI membawa maksud ‘Heart’ atau hati. Ini ditujukan kepada fokus oleh Xiaomi kepada pengguna yang menggunakan produk keluaran Xiaomi. Produk yang mesra pengguna, kos yang jauh lebih murah dari pesaing, serta sentiasa memudahkan pengguna untuk menikmati produk mereka tanpa mengira peringkat umur melalui produk pintar dibawah ekosistem Xiaomi Smart Life. Jadi tidak hairanlah Xiaomi sentiasa mengeluarkan pelbagai produk inovatif yang mudah digunakan.

Semua falsafah ini juga membuatkan Xiaomi mengubah logo mereka supaya kelihatan seakan ‘hidup’ dan sentiasa diinspirasikan oleh kehidupan. Ini juga akan meniup semangat baru bagi Xiaomi untuk meneroka era baharu di masa hadapan yang lebih baik untuk pengguna produk mereka.

Semoga maju jaya, Xiaomi!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *