Microsoft Bersedia Untuk Melancarkan Windows 11

Di kala sesetengah dari kita masih lagi dalam proses untuk membiasakan diri dengan Windows 10, gergasi perisian Microsoft sudah pun memberi tanda bahawa mereka akan mengeluarkan versi baharu perisian mereka, Windows 11.

Microsoft memberi bayangan melalui akaun Twitter rasmi mereka dengan memberi jemputan untuk #MicrosoftEvent yang akan berlangsung pada 11 pagi ET 24 Jun 2021 (lebih kurang 11 malam waktu Malaysia). Menariknya, melalui jemputan tersebut, Microsoft memberi bayangan melalui jendela tingkap yang membentuk bayangan nombor 11.

Diharapkan bahawa dengan versi baharu Windows ini akan datang dengan fungsi-fungsi yang lebih baik dan menutup kelemahan yang ada pada Windows 10 sebaiknya.

Berminat? Ikuti perkembangan terkini melalui akaun Twitter rasmi Windows di sini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *