Megabyte, kilobait per saat. Pasti kita akan pernah melihat frasa ini dalam dunia maya. Namun, adakah kita faham apakah sebenarnya frasa itu dan kenapa ia penting dalam zaman berteknologi ini? Percayakah anda bahawa komputer adalah kompleks tapi mudah?

Stay with me!

Sebelum kita pergi lebih lanjut, kita perlu faham bahawa dalam Bahasa Melayu, untuk merekodkan satu perkataan seperti menulis di dalam buku nota, kita perlu boleh menulis huruf, atau gabungan huruf iaitu perkataan atau gabungan perkataan yang akan membentuk ayat. Secara amnya kita boleh memilih dari huruf A hingga huruf Z atau gabungan mana-mana huruf.

Sebagai contoh, perkataan ‘KIUB’. KIUB membawa maksud gabungan 6 bentuk segi empat sama di dalam bentuk 3 dimensi. Dalam tulisan, perkataan KIUB adalah gabungan huruf K, I, U dan huruf B. Jadi, boleh dianggap bahawa unit terkecil perkataan KIUB adalah setiap hurufnya, K,I,U atau B.

Setiap gambar selfie yang kita ambil atau setiap lagu yang kita dengar di telefon mudah alih, semuanya perlu direkod dan disimpan di dalam storan telefon mudah alih kita. Jadi untuk merekod data sama ada gambar, ayat, bunyi dan lain-lain di dalam dunia digital, setiap data tersebut akan dipecahkan kepada unit terkecil dalam storan komputer iaitu Bit.

Bit secara mudahnya, adalah unit paling kecil untuk menyimpan informasi dalam storan komputer.

Secara analoginya, boleh diibaratkan sebagai DNA adalah bit untuk benda hidup. Kita adalah gabungan pelbagai DNA dan sel yang membentuk kita. Satu bit tidak membawa maksud yang signifikan namun gabungan dan susunan bit itu membolehkan kita membawa dan menyimpan pelbagai informasi dalam dunia komputer.

Sekarang bayangkan jika saya mahu menyimpan informasi dalam bentuk nombor. Sebagai contoh, jika manusia boleh menggunakan sistem nombor yang menggunakan angka 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan sistem huruf rumi dalam bentuk huruf A hingga Z, sistem komputer kita secara asasnya hanya mengenali nombor 0 dan 1!

Jika 1 bit, kita hanya boleh menyimpan nilai 0 dan 1. Tapi jika 2 bit, kita boleh menyimpan 4 nilai iaitu 00, 01, 10 dan 11. Semakin meningkat bilangan bit, semakin banyak nilai boleh diwakilkan dengan bit-bit tersebut.

Jika kita mahu mewakili dan menyimpan nilai perkataan A hingga Z (huruf besar), dan a hingga z (huruf kecil), kita memerlukan sekurang-kurangnya 52 bit yang berbeza untuk mewakili nombor tersebut!

Bit diwakilkan dengan nilai sama ada 0 atau 1. Ia adalah sistem binari yang mempunyai hanya 2 nilai. Ya atau tidak. On atau off. Jangan terkejut jika semua gambar, post dan Like yang anda lihat di dalam Facebook dan Instagram boleh disimpan dalam bentuk gabungan nombor 0 atau 1. Lebih tepat, gabungan pelbagai Bit yang membawa nilai dan makna yang tersendiri.

Bait atau Byte dalam Bahasa Inggeris, membawa maksud gabungan 8 bit. 8 bilangan bit yang membentuk 1 Bait.

Bayangkan setiap bit adalah sebuah kotak kasut. Dan 8 kotak kasut dapat dimuatkan dalam 1 kotak yang lebih besar iaitu 1 Byte.

Jadi sekarang anda boleh kaitkan dengan konsep bit adalah unit terkecil untuk simpanan data dan byte adalah himpunan 8 bit.

Pasti anda pernah mengetahui mengenai terma 1 Terabyte atau 1 TB,32 Gigabyte atau 32 GB, 8 Gigabyte atau 8GB? Atau gambar anda mempunyai saiz 3 Megabyte atau 3MB. Lagu MP3 anda mempunyai 7Megabyte atau 7MB. Telefon pintar anda mungkin mempunyai 32GB storan dalaman, komputer riba anda mungkin mempunyai 8GB RAM dan komputer peribadi anda (PC) mempunyai 1TB hard drive storan. Taliah internet anda mungkin mempunyai kelajuan 100Megabit per saat atau 100Mbps, pendrive anda mungkin mampu menyalin data dari luar dengan kelajuan 32Megabit per saat.

Ya, itulah dia!. Ini semua merujuk kepada kelajuan data bit itu digunakan atau saiz storan tersebut. Huruf besar B merujuk kepada byte dan huruf kecil b merujuk kepada bit. Kerana itulah kelajuan internet diukur dengan bit. Kelajuan itu merujuk kepada bilangan bit yang mampu dipindahkan dalam satu saat. Jadi, sebagai contoh 100Mbit per saat bersamaan dengan 12.5MByte per saat. Bagi storan pula, ia merujuk kepada saiz storan tersebut. Secara asas, bit selalu digunakan untuk merujuk kepada kelajuan pemindahan data dan byte selalu digunakan sebagai saiz/bilangan ruang storan. Sebagai rujukan;

  • 1 Kilobyte, KB, bersamaan dengan anggaran 1 ribu byte atau 8 ribu bit.
  • 1 Megabyte, MB, bersamaan dengan anggaran 1 juta byte atau 8 juta bit.
  • 1 Gigabyte, GB, bersamaan dengan anggaran 1 bilion byte atau 8 bilion bit.
  • 1 Terabyte, TB, bersamaan dengan anggaran 1 trilion byte atau 8 trilion bit.

Nampak banyak bukan? Tetapi bila anda melihat saiz data yang manusia hasilkan, nothing ever enough.

Manusia akan sentiasa menghasilkan data yang lebih besar justeru itu saiz storan dan kelajuan pemindahan data juga perlu meningkat seiring dengan keperluan manusia.

Okay, harapnya anda sudah jelas mengenai konsep bit sebagai unit terkecil untuk simpanan bagi computer dan byte sebagai gabungan 8 bit. Mari kita teruskan dengan bagaimana 8 bit itu boleh membawa pelbagai maksud.

Jadi sekarang saya sudah ada 8 kotak untuk diisi. Jadi bagaimana saya boleh mengaitkan 8 kotak itu dengan seluruh aksara Rumi (A, B, C, D….Z), nombor (0,1,2,3,4,5,6,7,8,9)? dan pelbagai tanda (<>?{:”%$#&@) yang biasa digunakan?

Saya yakin tak semua pernah mendengar mengenai ASCII atau American Standard Code for Information Interchange. Ingat, komputer hanya boleh membaca bit 0 dan 1. Jadi kita perlu mewakilkan segala aksara Rumi, nombor dan lain-lain kepada variasi gabungan 8 bit itu.

Secara mudah, ASCII adalah cara untuk mewakilkan gabungan 8 bit itu sebagai pengganti untuk huruf dan nombor supaya dapat difahami dan diproses oleh komputer.

Anda boleh teruskan membaca dengan menelusuri artikel mengenai ASCII di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here