Sumber : Xbox.com

Xbox Game Pass. Mungkin ada diantara anda yang sudah biasa dengan terma ini. Atau mungkin juga ada yang pertama kali mengetahui akan perkara ini. Anda juga mungkin pernah mendengar mengenai servis yang agak sama dari Sony (PS Now), Valve (Steam) dan mungkin EA (Origin). Jangan risau kerana kali ini, kami akan mengupas mengenai Xbox Game Pass untuk PC. Mari kita mulakan.

Tangkapan layar Xbox Game Pass dari Xbox.com. Sumber: Xbox.com

Kita mulakan perjalanan ini dengan mengenali apakah Xbox Game Pass (atau singkatan XGP) ini. Secara mudah, XGP adalah satu servis langganan atas talian dari Microsoft yang menyediakan akses kepada lebih dari 100 permainan setiap bulan. Bayangkan Netflix untuk permainan video. Dengan langganan ini, anda boleh memasang permainan video terus ke dalam PC anda seperti biasa. Sama seperti platform PS Now, anda boleh menelusuri pelbagai katalog permainan percuma setiap bulan yang disediakan Microsoft, selagi mana anda membayar servis langganan tersebut. Namun, adakah ini berbaloi? Mari kita lihat perjalanan kami mengalami sendiri servis yang cuba menggugat PS Now dari Sony dan Steam dari Valve.

Tangkapan layar cara-cara untuk mendapatkan perisian Xbox Game Pass untuk PC dari Xbox.com. Sumber: Xbox.com

Kami sertakan beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk bermula. Namun lebih baik jika anda menelusuri katalog permainan yang disediakan dahulu di sini. Jika anda melihat permainan yang menarik minat anda, sila teruskan. Permainan yang terdapat di dalam katalog itu mungkin akan tiada pada masa hadapan. Namun anda boleh membeli permainan tersebut pada harga diskaun sebelum permainan itu dikeluarkan dari katalog. Dengan cara ini, anda boleh memiliki permainan tersebut secara kekal. Jika sudah jelas, mari mulakan.

Langkah 1 : Dapatkan perisian Xbox Game Pass bagi PC

Xbox Game Pass memerlukan anda menggunakan Windows 10. Pastikan Windows 10 anda sudah mempunyai update terbaru dari Windows Update sebelum meneruskan langkah ini. Kami tidak mencuba perisian ini dengan versi Windows yang lain, namun hey, jangan derhaka resipi. Anda boleh mendapatkan perisian Xbox Game Pass di sini. Ikuti setiap langkah yang dinyatakan sehingga selesai. Sesetengah permainan di dalam katalog tidak terdapat di Malaysia, jadi pastikan anda memilih region US bagi Windows 10 anda sebelum meneruskan langkah ini.

Tangkap layer proses pemasangan perisian Xbox Game Pass for PC.

Langkah 2 : Daftar masuk akaun Xbox Live anda.

Anda akan disajikan dengan menu yang memerlukan anda untuk mendaftar masuk akaun Xbox Live anda. Cipta akaun baru jika belum ada. Ianya adalah percuma.

Tangkap layer proses daftar masuk akaun Xbox melalui Xbox Game Pass for PC.

Setelah anda selesai, anda akan melihat menu Utama perisian XGP ini. Menu Utama agak ringkas. Streamline. Anda mempunya tab Game Pass, Social untuk anda menambah rakan sepermainan, dan Store untuk anda membeli pelbagai permainan yang disediakan oleh Xbox. tapi kita bukan di sini untuk itu. Kita mahu melanggan servis ini secara bulan. We want free games! Jadi kita perlu membayar langganan itu dahulu. Jadi pergi ke tab Utama Game Pass. Anda akan lihat menu di bawah. Klik ‘Join Now’. Anda boleh menelusuri dahulu katalog permainan bagi memastikan permainan yang anda mahu terdapat di dalamnya. Pastikan permainan itu masih tersedia untuk tempoh yang lama. Ada sesetengah permainan akan dikeluarkan dari Xbox Game Pass untuk satu tempoh masa.

Tangkap layar menu Utama Xbox Game Pass.
Tangkap layar menu Utama Xbox Game Pass.

Langkah 3 : Pilih pelan pilihan anda.

Kemudian anda akan memilih pelan yang anda mahukan. Terdapat 2 pelan yang disediakan. Pelan pertama adalah bagi mereka yang tidak mempunyai perkakas permainan konsol Xbox. Jadi langganan anda hanya terhad bagi permainan di PC sahaja. Yang kedua adalah pelan Ultimate. ini sesuai bagi mereka yang mempunyai konsol Xbox kerana pelan ini memasukkan langganan bagi Xbox Game Pass for Console dan Xbox Live Gold yang menyediakan pelbagai kelebihan bagi pemain. Sekali lagi, kami hanya akan memilih pelan beta. We will wait for Xbox One X. Jadi di mana anda perlu membayar?

Tangkap layar menu pelan Xbox Game Pass.

Langkah 4 : Bayar servis langganan Xbox Game Pass.

Tangkap layar menu pembayaran Xbox Game Pass.

Seperti platform penyedia permainan yang lain, anda boleh menggunakan kad kredit/debit anda dan memasukkan data kad semasa pembayaran. Namun bagi kami, itu agak tidak selamat memandangkan anda memberikan data sensitif kepada pihak ketiga. Kita bertuah kerana terdapat cara lain untuk memasukkan kredit ke dalam akaun Xbox Game Pass anda.

Tangkap layar menu cara alternatif pembayaran Xbox Game Pass.

Pilih ‘Redeem a Gift Card’ bagi cara pembayaran anda. Cara ini sama seperti anda membeli topup pin bagi kredit penyedia telco anda. Dapatkan pin tambah nilai bagi Xbox Live, masukkan di sini dan anda akan mempunyai kredit yang sama seperti jumlah yang anda beli. Terdapat pelbagai cara bagi anda mendapatkan pin Xbox Live Gift Card tersebut. Lazada dan Shopee mempunyai pelbagai penjual yang menjual pin tambah nilai tersebut. Kami syorkan penjual SEAGM di Lazada. Kami telah membeli kredit Nintendo Store dari mereka tanpa masalah. Sila pastikan anda membeli pin tambah nilai yang sama dengan region anda. Dalam kes kami,region US. Untuk bermula, anda hanya memerlukan USD5 sahaja kerana Xbox mempunyai promosi bulan pertama pada hanya USD1.

Tangkap layar menu cara alternatif pembayaran Xbox Game Pass.

Dan siap! Anda sudah boleh mula melayari permainan kegemaran anda. Kami terus memasang permainan Football Manager 2020.

Anda boleh terus memasang permainan pilihan anda dari katalog Xbox Game Pass.

Bagi kami, ini adalah cara paling murah untuk bermain permainan video (selain cara pintu belakang). Dengan kos USD1 pada bulan pertama dan USD4.99 setiap bulan selepas itu, bagi kami, berbaloi.

Kesimpulan

Secara jujur, cara ini bukanlah 100% percuma. Anda masih perlu membayar kos langganan bulanan yang bagi kami, masih rendah berbanding PS Now pada USD9.99 setiap bulan!. Namun setelah anda mendapat langganan tersebut, anda mempunyai akses kepada pelbagai permainan yang menarik yang berbaloi untuk dicuba. Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Anda boleh menamatkan langganan anda dengan mengikuti tips kami yang akan kami paparkan nanti.

Jika anda hanya casual gamer yang tidak mahu menumpukan banyak masa dan hanya mahu mencuba dan bermain permainan yang sah pada harga paling murah, this is for you. Ini adalah satu servis beta dari Microsoft yang menyediakan akses kepada katalog permainan sementara (sesetengah permainan akan dikeluarkan dari katalog selepas satu tempoh masa). Jika anda mahu, sila cuba dan nikmati permainan pada kos yang agak rendah dari terus membeli permainan tersebut. Anggaplah anda membayar harga trial bagi permainan anda.Jadi, tanpa membuang masa, izinkan kami mahu cuba membeli Christiano Ronaldo kembali bermain untuk Manchester United dalam Football Manager 2020.

Kepada anda, Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here